SEJARAH SEKOLAH



SK Sedili Kecil (SKSK) telah ditubuhkan pada tahun 40-an. Ianya dibina di tepi pantai oleh orang kampung. Pada mulanya, sekolah dibina berdindingkan kulit kayu dan atap nipah. Terdapat dua bilik darjah. Jumlah murid pada masa itu kira-kira 20 orang.

       Tenaga pengajarnya terdiri daripada seorang guru sahaja iaitu Allahyarham Tn.Hj Onn Bin Akil. Beliau mengajar dari tahun 1949 hingga 1954. Murid-muridnya terdiri daripada kanak-kanak berusia 15 tahun ke atas. Kelas yang disediakan hanyalah daripada Darjah 1 hingga Darjah 4. Jika murid-murid ingin melanjutkan pelajaran ke Tahun 5, mereka dikehendaki ke SK Sedili Besar. Tiada kemudahan untuk ke SKSK. Guru yang bertugas terpaksa menaiki bot untuk datang ke sekolah.

       Sekolah ini mula dikenali sebagai Sekolah Umum Sedili Kecil. Pada tahun 1979, sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru. Sejajar dengan itu, pembangunan setempat mula berkembang sehingga sekarang. Pada tahun 2012, jumlah murid SKSK seramai seramai 164 orang  dan guru seramai 19 orang serta kakitangan seramai  enam orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan